Pages

Thursday, 26 May 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011

Pada 25 dan 26 May yang lepas, sekolah kami mengadakan KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011. Sukan sekolah ni bertujuan untuk mengembangkan potensi dan bakat murid untuk melahirkan atlit yang berkualiti pada masa hadapan. Meriah betul acara sukan tahun ni. Paling best, rumah sukan kami menjadi juara dengan membawa 8 pingat emas, mengalahkan rumah kuning yang selalunya menjadi juara bertahan. Lagi best, aku jadi olahragawati sekolah tahun ni. Yess! Akhirnya dapat juga aku mengembalikan semula zaman kegemilangan aku waktu di SK.Pekan dulu.

K, sini ada sedikit photo aku nak share dengan korang semua.

Saturday, 7 May 2011

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011

Kelmarin aku telah menghadiri Perkemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011. Perkhemahan ni bertempat di Pusat Kokurikulum, Melangang,Kiulu selama 4 hari 3 malam. Banyak aktiviti telah aku jalani serta banyak cabaran-cabaran yang diharungi. Tak menyesal aku mengikuti perkhemahan tersebut. Murid yang terpilih dari SK.Surati Papar hanyalah 4 orang,3 lelaki 1 perempuan, iaitu  Iman Haiqal, Md Shuaib, Rexoliver Yupin dan aku, Nurdanisya Azmi.