| Aku dan Farah yang sedang happy sakan |
Saturday, 3 December 2011
Naik Water boat taxi di Mines
Kamilah Naib Johan Keputusan Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan!
Genting Highland...!
| Aku sampai juga ke sini akhirnya....yea!!! |
Tapi sebenarnya, kegembiraan ini tidaklah lengkap tanpa the real family yang sepatutnya turut ada waktu ni. Meraikan kegembiraan ini bersama mama dan keluarga pakcik Alim memang tiada masalah sebab semuanya pun sporting. Tapi aku percaya aku akan lebih gembira kalau adik-adik aku, Arin dan Abah ada di sini...
The Mines...
| Ready naik water boat taxi, The Mines |
Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan 2011
![]() |
| Majlis penyampaian hadiah Johan Negeri di Hari Perisian Sumber Terbuka Peringkat Kebangsaan 2011 |
Hari ini kami dinobatkan menjadi Johan Negeri Pertandingan Openoffice.org peringkat Kebangsaan. Anugerah ini disampaikan sempena Hari Perisian Sumber Terbuka yang dianjurkan oleh KPM. Johan menerima sijil dan wang tunai RM400. Terima kasih kepada JPN Sabah kerana mempercayai kami untuk sampai ke tahap ini.
Ranau family trip
Aku tak berapa ingat tarikh tepat untuk cuti-cuti Malaysia kami ke Ranau nih. Tapi aku rasa dalam bulan Ogos, lepas raya 2011.
Tak banyak gambar yang dapat aku share sebab waktu ni aku tak ikut group mama dan abah, mahupun ibu. Aku terikut group Mayang. Ini adalah percutian besar-besaran yang pernah terjadi dalam family kami. Tahniah Pakcik Alim sebab berjaya anjurkan tour ni.
Berjaya Times Square
23 Oktober 2011.
Hari ni kami dijadualkan pulang ke KK pada jam 5 petang nanti. Jadi pagi ni kami pun ke Berjaya Times Square Theme Park.
Dan...
sukar aku mahu nyatakan betapa terujanya aku bila tengok theme park yang begitu besar depan mata aku. Sama sukar untuk aku nyatakan betapa hebatnya pengalaman berpusing di DNA Mixer yang telah buat mama termuntah berkali-kali.
Taman I-City...penuh cahaya
Pernah ke sini? Kalau belum, jom datang sini dan tengok betapa hebatnya pokok-pokok yang sudah bertukar menjadi lampu bercahaya.
Menurut pakcik Alim, tempat ni baru siap dan separuh daripadanya masih dalam selenggaraan. Jadi, patutlah tempat ni macam best tapi tak berapa best. Rasa macam belum lengkap dan tak berapa banyak mainan outdoor. Salah satu tarikan yang ada di sini ialah Rumah Salji ataupun Snow Walk.
Sunway Pyramid on the go...
Lepas saja balik dari Petronas TT, kami pun pergi ke Sungei Wang Plaza menaiki monorail. Ni semua idea mama lah ni mau kasi rasa kami naik monorail. Best memang best. Satu pengalaman baru. Tapi yang nda bestnya tu, bersesak waktu dalam monorail. Terpaksa berdiri lagi...sandi!
Petronas Twin Tower
| Muka sedeh... |
Petronas Twin Tower.
Aku selalu tengok di TV. Dalam duit kertas pun ada juga. Hari ini aku ke sini...
Apa pasal muka aku macam sedih? Aku bukannya tak gembira tapi aku rasa macam tak berapa sedap mahu gembira. Rasanya aku macam terperangkap dalam satu keadaan yang memaksa aku untuk jadi seseorang. Ups...apa ya? Susah mau diluahkan...
Tapi sekejap saja. Lepas tu aku back-up balik dan jadi diri aku lagi. Betul cakap mama, ini adalah saat seharusnya aku menikmati kejayaanku. Buang sedih jauh-jauh dan mari kita enjoy....!!!
Uptown...murahnyer...
| Inilah uptown. Kalau di Papar namanya Pasar Malam |
Pertandingan OpenOffice.org kategori 5 terbaik Peringkat Kebangsaan 2011
Kami ke Kuala Lumpur!
Aku tak sempat mau update blog hari tu untuk bagitau bahawa sekolah kami telah menjadi Johan Negeri bagi Pertandingan OpenOffice.org peringkat kebangsaan. Pertandingan ni telah kami ikuti secara online pada bulan June yang lepas. Sungguh tidak sangka bahawa kami akhirnya dinobatkan menjadi johan negeri. Aku masih ingat lagi waktu siapkan projek tu, kami hanya ada kurang 2 hari saja sebelum deadline a.k.a expiry date.
Friday, 2 December 2011
Raya 2011
| Familyku yang meriah.... |
Birthday Nenda Umi
| Kek Umi |
14 September 2011 genaplah umur umi, nendaku tercinta 58 tahun. Bersempena dengan birthday umi kami sambut serentak dengan birthday adik aku si Acik. Birthday Acik jatuh pada 07 September 2011. Sambutan kali ni ala kadar saja sebab mama tak cukup bajet mau buat besar-besaran. Jadi macam biasa, kenduri kecil-kecilan pun diadakan dengan jemputan tetap family ibu dan family Mayang saja.
Monday, 7 November 2011
Naik keretapi weh...
Gambar ni diambil waktu adik aku si Abe nangis-nangis merayu sama mama mau naik keretapi yang baru beroperasi semula. Aku tak ingat sangat bila tarikhnya. Apa yang lucunya waktu ni ialah, kami sebenarnya mahu naik keretapi baru yang menggantikan keretapi lama sebelum ini. Rupanya pada hari kami naik tu, keretapi baru tu dalam selenggaraan. Jadinya, terpaksalah kami naik keretapi lama ni juga sebab sudah terlanjur beli tiket.
Tapi tak apalah, best juga sesekali naik keretapi ni,kan? Waktu dengar keretapi berlanggar pada 31/10/2011 yang lepas, tetiba saja aku teringatkan kisah kami naik keretapi ni. Syukurlah peristiwa tu tak berlaku waktu kami tersalah naik keretapi ni. Kalau tidak....naya ooo....
Tapi tak apalah, best juga sesekali naik keretapi ni,kan? Waktu dengar keretapi berlanggar pada 31/10/2011 yang lepas, tetiba saja aku teringatkan kisah kami naik keretapi ni. Syukurlah peristiwa tu tak berlaku waktu kami tersalah naik keretapi ni. Kalau tidak....naya ooo....
| Sedapnya makan big apple donut... |
Thursday, 26 May 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011
Pada 25 dan 26 May yang lepas, sekolah kami mengadakan KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SK.SURATI KALI KE-6 2011. Sukan sekolah ni bertujuan untuk mengembangkan potensi dan bakat murid untuk melahirkan atlit yang berkualiti pada masa hadapan. Meriah betul acara sukan tahun ni. Paling best, rumah sukan kami menjadi juara dengan membawa 8 pingat emas, mengalahkan rumah kuning yang selalunya menjadi juara bertahan. Lagi best, aku jadi olahragawati sekolah tahun ni. Yess! Akhirnya dapat juga aku mengembalikan semula zaman kegemilangan aku waktu di SK.Pekan dulu.
K, sini ada sedikit photo aku nak share dengan korang semua.
Saturday, 7 May 2011
Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011
Kelmarin aku telah menghadiri Perkemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011. Perkhemahan ni bertempat di Pusat Kokurikulum, Melangang,Kiulu selama 4 hari 3 malam. Banyak aktiviti telah aku jalani serta banyak cabaran-cabaran yang diharungi. Tak menyesal aku mengikuti perkhemahan tersebut. Murid yang terpilih dari SK.Surati Papar hanyalah 4 orang,3 lelaki 1 perempuan, iaitu Iman Haiqal, Md Shuaib, Rexoliver Yupin dan aku, Nurdanisya Azmi.
Saturday, 30 April 2011
Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011
Ni pula merupakan satu peristiwa yang menyedihkan dalam hidup aku. Ianya berlaku pada 13-14 April 2011. Kejohanan ni merupakan kejohanan penting. Pada hari pertama, pertandingan untuk pasukan lelaki dan hari kedua pula pasukan perempuan. Sekolah kami hantar 3 pasukan, dua pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan.
Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Sabah 2011
Hari Rabu lepas (27 April 2011) aku dan kawanku, Sakira telah dipilih mengikuti KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI PERINGKAT SABAH. Konvensyen ni diadakan selama tiga hari, bermula pada 27 April hinggalah ke 29 April 2011.
Aku ada blog
Yea... aku dah ada blog! Mama yang buat kan. My first blog...So, inilah inspirasiku, ekspresi diriku....
Welcome to my blog!
Welcome to my blog!
Subscribe to:
Comments (Atom)

