Pages

Saturday, 3 December 2011

Genting Highland...!

Aku sampai juga ke sini akhirnya....yea!!!
11 November 2011...akhirnya kujejakkan juga kaki ke Genting Highland. Yea!!! Alhamdulillah....
Tapi sebenarnya, kegembiraan ini tidaklah lengkap tanpa the real family yang sepatutnya turut ada waktu ni. Meraikan kegembiraan ini bersama mama dan keluarga pakcik Alim memang tiada masalah sebab semuanya pun sporting. Tapi aku percaya aku akan lebih gembira kalau adik-adik aku, Arin dan Abah ada di sini...


Tapi bak kata mama, life goes on. Insya Allah, dorang pun ada juga rezekinya nanti. So, belajarlah nikmati hidup selagi ada depan mata. Jadi, aku pun menikmatilah segala kemudahan ini dengan seadanya...

Tapi, oh, tipulah kalau aku tak gembira selama berada di sini. Banyak pengalaman baru terutamanya naik Sky way Cable car dan naik roller coaster. Eh...percaya tak kalau aku akhirnya berjaya mengatasi rasa takut naik roller coaster? Hari tu kantoi di Berjaya Time Square tapi kali ni dapat tebus balik. Rasa macam mau naik kali kedua tapi waktu kami pergi tu hujan turun agak lebat dan lama.

Tak banyak permainan yang aku cuba di outdoor theme park sebab hujan. Bila masuk ke Indoor pula mama tak cukup bajet. Aku kepingin sebenarnya mau main tikam-tikam (bukan bunuh-bunuh ok) dan dapat teddy bear yang besar tu...tapi memanglah aku ni tak champin sebab satupun tiada yang kena. HUhu...oh teddy bear...

Kami menghabiskan seluruh hari di Genting dan balik pada jam 4petang. Aku belum puas sebenarnya. Dalam cable car waktu pulang, aku macam kecik hati sikit dengan mama sebab paksa balik awal. Mulanya mama biarkan saja tapi last-last dia pujuk balik. Aku pun rasa bersalah juga sebab sepatutnya aku bersyukur ada peluang untuk ke sini. Kalau ikutkan, aku sebenarnya langsung tak boleh ikut sebab tiada tiket. Tapi hasil usaha mama, akhirnya aku pergi juga. Aku tak sepatutnya berperangai macam ni. Sedangkan, Farah dan Qayyim lagi malang sebab tak berpeluang langsung terlibat dalam trip kami kali ni. Adik-beradik aku jangan cakaplah...entah bilalah dorang ada peluang mahu bercuti macam ni...oh...insafnya aku....sorry mama....

Baiklah...ini sebahagian gambar yang boleh aku share. Sebahagiannya lagi ada di blog mama...

Dalam cable car bersama Kak Yati
Happy family
Bergegar juga lutut naik cable car,kan? 
Oh...itu bangunan warna-warni apa? Nampak macam aiskrim paddle pop
Itulah teddy yang aku mahu....
Ni naik keretapi berhantu tapi tiada pun hantu dia...
Sejuk dan berkabus...

the best bumper boat
AKu pun tak tahu apa ni. Saja bergambar macam ni.
Tu eiffel tower tapi ni genting tower. 
Ni kononnya fortune teller. Letak duit dalam lubang lepas tu buat hajat. 


Sedang menunggu giliran naik Rejang Ride
Ini permainan paling palui dalam hidup aku...menyesal oooo....tapi best juga. 
Kami sampai KL jam 6petang. Saat tu keadaan tengah menggila-gila jammed sampai pakcik Alim jadi bengang. Kami singgah di Masjid Jamek tapi tak beli satu apa pun. Mama tiada mood sebab baju dia basah kuyup dan kad bank dia tinggal di Sabah. Kami kehabisan wang tunai waktu ni...cuma cukup-cukup buat belanja makan dan  bayar duit minyak pakcik Alim besok saja....

Depan masjid Jamek
Lepas tu pula kami singgah di dataran. Aku selalu tengok tempat ni di TV dan buku. Ooo...jadi  inilah tempatnya ya....baru saja kami sampai sana, polis suruh pulang sebab kononnya malam tu ada perhimpunan haram. Aku tak faham dan tanya mama. Tapi mama masih juga belum ada mood dan lebih banyak diam. Hmm...kena google sendirilah malam ni....apa ya perhimpunan haram?

Satu-satunya gambar yang aku ada di dataran...mahal nih....

No comments:

Post a Comment