Pages

Friday, 2 December 2011

Raya 2011

Familyku yang meriah....
Tahun ni kami sambut raya di Papar, tempat mama. Tahun lepas kami beraya di Tenom, kampung abah. Sebenarnya aku lebih suka beraya di sini sebab suasananya lebih meriah dan ramai. Tapi itu bukan bermakna aku tak suka beraya di Tenom ok...raya di mana-mana pun sama juga sebenarnya. Di mana ada family, di situlah ada bahagia. Tapi mungkin sebab aku sudah sebati betul di sini sebab sememangnya aku lahir dan membesar di sini. It's normal,kan? Jangan kecik hati ya nenek...


Tahun ni kami pilih tema warna biru. Siapa yang mulakan idea ni aku pun nda ingat sebab rasanya warna ni sudah digunakan 3 tahun lepas. Mulanya Along cadang guna warna silver tapi ideanya ditolak oleh ahli jemaah yang lain. 

Ok. Tak payah banyak cerita. Jom kita tengok gambar kami sefamily...Inilah familyku...besarkan? 
What a wonderful family I have!

Umi dan Atok
I love this picture!
Ni masa test-test angle. Very lovely,kan? 
Oh, inilah idolaku...atok yang selalu limpahkan kasih sayangnya untuk aku. Atok juga adalah inspirasi aku. 
Mama dan Anies.
Ni Abah dan mama aku yang superb
Ni pulak makcik aku, Ibu dan familynya. 
Dua hari lepas kami ambil gambar ni, aku ikut Umi beraya balik ke Lahadatu, kampung Umi. Tiada gambar yang aku boleh share sebab kamera digitl canon yang mama pinjamkan tertinggal di semasa di kampung. Memang lalailah aku ni...siaplah kena marah mama....

No comments:

Post a Comment