Pages

Saturday, 3 December 2011

Pertandingan OpenOffice.org kategori 5 terbaik Peringkat Kebangsaan 2011

Control jiwa Anis...
Waktu mataku buka pagi tu aku rasa macam tak mahu bangun. Bukan pasal aku mengantuk tapi memang pasal aku belum bersedia sama-sekali. Segala nasihat cikgu Shahrin sebelum kami berangkat ke sini hilang dengan sendirinya. Aku memang sah-sah tidak dapat kawal perasaan aku...
Pagi tu kami bertolak ikut bas MAMPU. Tahu kah apa itu MAMPU? Tak tahu carilah sendiri k...hehe...Kami pun sampai di dewan serbaguna MAMPU, Putrajaya. Oh...beginilah rupanya Putrajaya....cantik macam dalam gambar. Waktu tu aku lupa sudah semua takut aku sebab teruja dengan keindahan Putrajaya. Alhamdulillah....sampai juga aku ke sini.

Masa berlalu dan pertandingan semakin dekat. Lepas satu ucapan dan persembahan multimedia, kami berhenti rehat untuk minum pagi. Lepas sarapan nanti barulah kami akan mulakan pertandingan. Nah...datang sudah balik aku punya takut waktu ni....

Peserta pertama adalah dari negeri Kelantan iaitu Sk.Kamil. Aku ingat Ustaz Arif cakap jangan mau lawan Sk.Kamil sebab dorang ni hebat. Aku pun makin rasa rendah diri. Tapi mungkin sebab dorang jadi peserta pertama maka persembahannya agak lemah sikit. Nervous agaknya. Tapi sekurang-kurangnya ia bagi semangat sama kami untuk teruskan perjuangan. Lepas Sk.Kamil pula disusuli Sk.Linggi dari Negeri Sembilan. Giliran dorang ditangguh ke sesi petang sampailah budak sorang tu ok.  Jadi secara automatik, kamilah naik jadi peserta kedua...

Entah suntikan apa yang aku dapat. Tiba-tiba saja aku jadi berani dan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan kami. Aku tidak pernah rasa seberani dan seyakin itu. Kami pun memulakan persembahan dengan dua rangkap pantun yang kemudiannya dapat tepukan gemuruh dari hakim dan penonton. Waktu tu rasa betul-betul bersemangat. Kami pun menyudahkan presentation kami dengan mudah dan lancar. 

Tapi bila time sesi soal-jawab, kami mula tergagap-gagap. Bukan sebab tak tahu jawapan pada soalan-soalan yang dorang berikan sebab mama sudah maklumkan awal-awal soalan tu. Tapi sebab kami tak berapa faham sangat slang KL yang pihak juri gunakan. Terpaksa pihak juri ulang dua tiga kali soalan barulah kami faham maksudnya. Susah juga jadi orang Sabah ni...mama sebenarnya sudah awal-awal warning pasal benda ni sama kami. Ingatkan aku boleh handle. Tau-tau sampai masanya, terkena juga aku dengan kekantoian yang teramat memalukan. 

Akhirnya sesi yang amat menakutkan itu pun tamat. Fuh....lega sungguh! Rasa macam mau menjerit-jerit kegembiraan. Aku gembira sebab aku akhirnya berjaya kawal rasa takut aku dan melakukan yang terbaik. Soal menang atau kalah bukanlah persoalan lagi. 

Awal pagi dalam bas untuk ke Jabatan Perdana Menteri
Mama ni sempat g mekap. Aku rasa macam mau terkucil sudah ni....
Penyerahan sijil oleh Pengarah MAMPU. 
5 terbaik sekolah rendah dan 5 terbaik sekolah menengah








Jangan bunuh diri Qayyim....
Masa presentation yang sangat best
Sesi soal jawab
Ni juri-jurinya
Sk.Linggi, Negeri Sembilan. Mama cakap dorang layak jadi juara sebab hebat dalam presentation. Tapi macam salah tajuklah....yeke?  Sebab dorang punya presentation lebih kepada aplikasi openoffice. Tapi dorang memang best!
Abahku yang hensem ini....

Kami pun bertolak pulang pada jam 5 petang. Waktu kami pulang ke rumah transit, hujan lebat melanda KL. Habis basah kuyup semua....huhu...

Kami akan ke rumah pakcik aku Alim pula lepas ni untuk bercuti-cuti Malaysia. Ceh...orang sibuk belajar kami sibuk bercuti. Padahal minggu depan exam sekolah akan diadakan. Bas yang hantar kami ke rumah transit hantar kami pula ke masjid Putrajaya sebab Pakcik Alim janji mau ambil kami di sana. Mulanya janji jam 6petang tapi last-last pakcik Alim sampai jam 9 malam. Lebih 3 jam kami tunggu dia di depan masjid. Mama sampai tertidur-tidur di kaki lima masjid.

Habis kami basah kuyup ba....






Oklah...stay alert with Anis kalau mau tau kami pergi mana lepas ni k....

No comments:

Post a Comment