Aku tak sempat mau update blog hari tu untuk bagitau bahawa sekolah kami telah menjadi Johan Negeri bagi Pertandingan OpenOffice.org peringkat kebangsaan. Pertandingan ni telah kami ikuti secara online pada bulan June yang lepas. Sungguh tidak sangka bahawa kami akhirnya dinobatkan menjadi johan negeri. Aku masih ingat lagi waktu siapkan projek tu, kami hanya ada kurang 2 hari saja sebelum deadline a.k.a expiry date.
Mulanya aku ingatkan perjuangan itu terhenti setakat menjadi johan negeri saja. Tapi kemudiannya, mama bagitau bahawa sekolah kami layak dipertandingkan sekali lagi dalam kategori 5 terbaik. Ini bermakna yang sekolah kami akan ke Kuala Lumpur untuk pertandingan peringkat kebangsaan pada 21 Oktober 2011! Wah...aku sungguh teruja sekaligus takut.
Dan hari ini, 20 Oktober 2011 adalah harinya kami bertiga, team Sabah iaitu Farah, Qayyim dan aku akan memulakan perjuangan kami. Kami ditemani oleh mama dan abah. Sungguh, aku belum bersedia dengan semua ini. Aku takut. Sangat takut. Aku mungkin juara padang tapi bukanlah bermakna bahawa aku juga juara pentas. Meski pernah memenangi naib johan sebagai presenter terbaik karnival kerjaya, tapi sesungguhnya aku adalah manusia yang fobia sama pentas!
Aku tak pasti adakah latihan selama dua minggu ini cukup untuk jadi bekal aku esok. Aku tengok Farah rilek saja. Qayyim pula aku tak pasti apa perasaannya sebab dia ni control macho sikit. Aku cuba tenangkan diri aku dengan ketawa dan buat lawak-lawak bodoh yang akhirnya menyakitkan hati mama pula. Waktu malam kami buat latihan terakhir pun aku masih lagi belum serius. Akhirnya mama merajuk dan suruh kami masuk tidur.
Oh tolonglah mengerti mama, Anis takut...
Ya Allah...mudah-mudahan semua gemuruh Anis hilang besok. Mudah-mudahan Anis tak akan kecewakan mama...
 |
| Waktu ni masih happy-happy lagi mau naik kapal terbang. |
 |
| Kalaulah jadi macam final destination.... |
 |
| Qayyim sedang carik keropoknya |
 |
| Farah ketawa sebab buat lawak yang aku sendiri tak ingat apa |
 |
| Oooo...gini rupanya makanan di kapal terbang. Selalunya aku naik kapal ke Lahadatu saja, tiada pula makanan macam ni. |
 |
| Curik-curik ambil gambar pramugari |
 |
| Mana superman? |
 |
| Sampai sudah di KLIA |
 |
| Yang ni rumah transit BPH tempat kami menginap |
 |
| Ni dapur dia tapi tak boleh masak |
 |
| Pemandangan dari tingkat 5 sebelah belakang balkoni |
 |
| Yang ni pula kalau dari depan.... |
Aku akhirnya tertidur dengan debar yang masih di dada...jeng-jeng-jeng.....
No comments:
Post a Comment