![]() |
| Sk.Surati team...Naib Johan |
Gembira? Sudah tentu...!
Kami adalah Johan Negeri Sabah, terpilih pula sebagai 5 terbaik dan hari ini (29 November 2011), kami dinobatkan pula sebagai Naib Johan Kebangsaan!
Kami juga adalah team Sabah pertama yang layak untuk sampai ke tahap ini. Sudah tentu aku gumbira!
Tapi sebenarnya, aku mahu bergelar Johan Kebangsaan...Apakan daya...berada di tahap ini sebenarnya adalah suatu tahap yang amat membanggakan. Jom kita bersyukur sama-sama k....
Terima kasih yang tak terhingga kepada mama, teacher Zue a.k.a Luna Biru yang telah banyak memberikan bimbingan dalam usaha membawa kami sampai ke sini.
Terima kasih pada abahku dan abang Fai yang telah bertungkus lumus mengajar openoffice sampai kami boleh hasilkan yang terbaik.
Terima kasih pada Cikgu Shahrin, penolong pegawai PPD Papar yang telah memberikan motivasi di saat-saat Anis hampir tak sanggup lagi menghadapi tekanan.
Terima kasih pada YB-YB, Datuk-Datuk, JPN Sabah dan mereka yang telah banyak memberikan sponsor pada perjalanan kami.
Terima kasih pada semua yang percaya pada perjuangan kami.
Inilah hasil perjuangan kita...
Give-up? Never! Aku akan berjuang lagi tahun depan!
Farah & Qayyim...get ready!
| Pemandangan dari PICC, Putrajaya dari tingkat dua. Waktu ni sebenarnya kami tersesat cari dewan. Huhu... |
| Menumpang bergambar di banner Kolej INTAN. Hari ni dorang adakan konvokesyen. |
| Pentas di dewan tempat kami bersidang. Waktu ni sebenarnya acara Persidangan CIO Malaysia. |
| Aku happy sangat waktu ni sebab akhirnya kami bertiga bergabung lagi. |
| Sk. Sri Mahjung Perak dapat tempat ketiga. |
| Sk.Linggi, Negeri Sembilan dapat jadi Johan. Tahniah... |
| Oh..besarnya cek...mana duitnya ni? |
Begitulah ceriteranya....

No comments:
Post a Comment