Pages

Saturday, 3 December 2011

Naik Water boat taxi di Mines


Aku dan Farah yang sedang happy sakan
Fikir-fikir punya fikir, akhirnya kami buat keputusan untuk habiskan masa yang keciput ini di The Mines. Flight kami akan bertolak jam 7 petang ni, jadi kami ada lebih kurang 6 jam untuk bersuka-ria. Kami pilih The Mines sebab aku berjaya jeleskan Farah betapa bestnya naik water boat taxi pada trip kami yang lepas. Pasal Farah ni mengikut setia blog mama, maka dia pun mahu juga merasa sendiri keseronokan itu.
Tapi sebenarnya, aku mahu ke sini lagi sebab aku teringin sangat naik WAWA SPLASH BOAT. WAWA Boat berbeza dengan water boat yang kami naik sebab tripnya lebih adventure. Hari tu kami tak sempat naik sebab full book oleh lawatan budak sekolah. Dan, nampaknya hari ni hajat untuk naik WAWA tak kesampaian lagi sebab manager WAWA baru meninggal semalam. Adeh...tiada chancelah...kesian si Anis....

Jom ikuti perjalanan singkat kami dalam trip terakhir ke KL ini....

Yang ni la WAWA Splash. Gudbai Wawa...tapun-tapun sajalah...
Farah dibagi peluang bawak boat tapi dia tak pandai bawa. Haha...
Mama pun eksen-eksen bawa boat. Tapi ni bergambar saja tau, pakcik driver tu yang gambar. Dia terpikat ngan mama....hikhik
Farah beli makanan ikan
Tapi akhirnya dia pula yang makan. Haha...
Makanan ikan tu angsa pun makan juga rupanya....
Ni angsa hitam mengingatkan aku pada The Ugly Duckling Duck sebabnya dia duduk menyisihkan diri dari angsa putih tadi. Dia rendah diri mengkali,kan? 
Ok. Demikianlah berakhirnya perjalanan kami yang mengakhiri perjuangan tahun 2011 ini. Kami bertolak ke KLIA selepas itu dan terbang ke KK tepat jam 7petang. Kali ini, syukurlah tiada langsung aral yang menghalangi perjalanan kami. Semuanya berjalan semulus mungkin. Eh, lupa pulak aku mahu kasitau yang aku telah hilangkan beg kamera kesayangan Abah yang bernilai beratus-ratus RM. Adeh...takutnya aku sampai kecoooot perooootku....Aku ni memanglah lalai...sory abah....

This was the last picture taken in KL...

No comments:

Post a Comment