Pages

Monday, 16 July 2012

Entry pertama 2012

Oh...lamanya benar aku tak mengupdate blog. Macam orang yang tak sayangkan blog langsung. Padahal, setiap hari aku habiskan masa depan lappy samada berfesbuk atau main games online. Atau paling tidak, ber'youtube'. Entah macamana aku boleh tiada masa langsung untuk berblogging padahal mama buatkan blog ni untuk aku bercurah-curahan isi hati. Mungkin cara ni tidak begitu berjaya sebab aku bukan jenis orang yang suka ber....what mama called it...meditasi?



Dan ini adalah entry pertama aku sejak tahun 2012 ni. Agak terkejut bila aku sudah ada satu tambahan follower yang bernama Qistina. Terima kasih cik Qistina. Atau Puan Qistina. Aku belum sempat terjah blog dia lagi. Maybe some other times....

Tadi aku tengok filem Diary of The Wimpy Kid dan kerana tengok filem itulah tetiba aku jadi rindu pada blog aku. Ya...aku sudah termissed beberapa episod menarik dalam hidup aku untuk dirakam di sini. Agak malang untuk flashback balik semua. So aku berjanji mulai hari ini aku akan sentiasa updatekan blog aku sekurang-kurangnya aku masih ada simpanan kisah hidup aku selain dari memori yang ada dalam kepala aku.

Ok. Setakat ini dulu. Sebenarnya, walaupun aku ada masa hari-hari menghadap lappy dan surfing, tapi mama cuma peruntukkan masa 1 setengah jam untuk aku. Agak susah sikit mau bahagi-bahagikan masa berfesbuk, surfing, blogging dan whatever the words is dalam masa yang sangat singkat itu. Tapi better than nothinglah.

Thanks everyone.

No comments:

Post a Comment