Ready naik water boat taxi, The Mines |
Dan yeah....The Mines memang best. Mungkin untuk orang KL atau yang sudah biasa ke sini, tempat ni nampak macam biasa saja. Tapi untuk orang jakun macam aku, aku rasa The Mines ni istimewa betul. Ia unik pasal ada water boat taxi yang membawa kita mengelilingi tasik buatan manusia di sekitar The Mines!
Aku memang suka naik boat. Berbanding dengan pengangkutan udara yang membuat bengal di telinga, aku rasa pengangkutan air sangat menarik. Dengan kadar harga RM18 untuk kanak-kanak, aku telah berjaya mengelilingi tasik dalam masa setengah jam!
Sebenarnya, perkhidmatan boat ni terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dan selatan. Kalau ke Utara, harga tiket agak mahal sekitar RM48. Tapi kita boleh menyaksikan panorama yang lebih indah sekitar tempat. Perjalanannya juga lebih adventure. Malangnya hari tu kami tak dapat naik sebab sudah penuh oleh budak sekolah yang datang melawat. Bila kami datang balik, tempat tu sudah tutuplah pulak. Adeh...akhirnya terpaksalah juga kami ikut boat ke Selatan. Memang tiada apa yang menarik sangat cuma sekadar pemandangan yang menjernihkan mata dan menenangkan jiwa. Lagipun, waktu kami sampai sudah agak malam jadi suasana agak gelap dan hanya bertemankan lampu-lampu jalan. Tapi aku suka tau! Ada banyak ikan yang boleh dibagi makan. Angsa pun ada.
Lepas dari The Mines, kami pun pergi ke Downtown untuk beli sedikit souvenir untuk orang rumah, kawan-kawan dan cikgu. Aku belikan keronsang untuk cikgu dan model kapal untuk abang Fai. Untuk abah, mama yang belikan ok...
Akim yang tidak sabar mau naik boat |
Huh...tak sabar mau teruskan journeyku.... |
Mama pun nampak happy sangat. Kami share hobi yang sama tau! Dua-dua suka boat. |
Inilah team kami malam ni. Pakcik Alim tiada sebab sobuk buat show. |
Sesi kasi makan angsa imported from China |
Banyaknya ikan mau di kasi makan.... |
Tengok tu....gelinye....ikan keli nih. |
Lepas dari The Mines, kami pun pergi ke Downtown untuk beli sedikit souvenir untuk orang rumah, kawan-kawan dan cikgu. Aku belikan keronsang untuk cikgu dan model kapal untuk abang Fai. Untuk abah, mama yang belikan ok...
No comments:
Post a Comment