 |
Majlis penyampaian hadiah Johan Negeri di Hari Perisian Sumber Terbuka Peringkat Kebangsaan 2011 |
10 November 2011, Khamis.
Hari ini kami dinobatkan menjadi Johan Negeri Pertandingan Openoffice.org peringkat Kebangsaan. Anugerah ini disampaikan sempena Hari Perisian Sumber Terbuka yang dianjurkan oleh KPM. Johan menerima sijil dan wang tunai RM400. Terima kasih kepada JPN Sabah kerana mempercayai kami untuk sampai ke tahap ini.
Berbeza dengan waktu hari pertandingan yang lepas, kali ni, cuma aku sorang saja yang turut ke KL. Farah dan Qayyim terlibat dalam perkhemahan TKRS peringkat kebangsaan di Limbang, Sarawak. Ehek...dalam masa yang sama juga sebenarnya perjalanan kami kali ni tidak disponsor langsung. Tambang aku ke sini adalah hasil ihsan usaha mama meminta sponsor dari para YB dan Datuk, juga dari bisnesman. Terima kasih mama...Abah pun tak dapat ikut sebab tiada bajet. Sedih...cuma tinggal kami berdua saja yang melalui perjalanan ini. Oya, lupa pulak. Cik Norhayati, wakil Ketua Sektor ICT ada turut serta mewakili negeri Sabah menemani kami. Kak Yati ni baik hati orangnya. I like...
Ok. Jom ikut perjalanan Anis dan mama sepanjang trip menjadi Johan Negeri Sabah.
 |
Dulu best ada Farah & Qayyim. Sekarang ni tinggal aku sorang ja...huhu.... |
 |
Pihak KPM tempatkan kami di Hotel Empress, Sepang. Tapi ni bukan hotelnya tau. Ni kedainya...nampak buruk sikit sebab belum dicat. |
 |
Ha...inilah hotelnya. Nampak macam grand. Kami sampai pada 9 Nov. |
 |
10 Nov, 2011, bersedia untuk ke Auditorium Putrajaya. |
 |
Inilah cik kak Yati yang baik hati tu... |
 |
Ni masa dalam bas menuju ke auditorium. Waktu niterasa sepi sangat sebab tiada geng bas sekolah yang boleh dibawa bermain. Takkan main sama mama pula,kan... |
 |
Lobi pameran sempena Hari Perisian Sumber Terbuka. |
 |
Sumandak sebelah aku tu dari Pulau Pinang. |
 |
Ok. Inilah sijil dan cek kami. Siap frame lagi. |
 |
Oh bangganya jadi Johan Negeri. Alhamdulillah.... |
 |
Aku dan kak Qistina dari Perak. |
Majlis bersurai jam 5 petang tapi kami balik awal. Lepas makan tengahari, kami terus bergerak menuju ke Alamanda untuk tunggu pakcik Alim ambil. Sampai di Alamanda, kami singgah lagi makan di RotiBoy Baker yang sedap sangat! Untuk pertama kalinya aku rasa ada orang buat bun yang selembut dan seempuk bun mama. Ehek...mama sudah ada pesaing nih....
 |
Enjoying keenakan rotiboy bun yang very marvellous! |
Demikianlah berakhirnya satu trip memburu gelaran Johan. Lepas ni kami terus menunggu keputusan untuk lima terbaik pula. Mudah-mudahan kami terus mampu bergelar Johan. Insya Allah...
Oya, lepas ni kami akan ke Genting pulak....
No comments:
Post a Comment