Gambar ni diambil waktu adik aku si Abe nangis-nangis merayu sama mama mau naik keretapi yang baru beroperasi semula. Aku tak ingat sangat bila tarikhnya. Apa yang lucunya waktu ni ialah, kami sebenarnya mahu naik keretapi baru yang menggantikan keretapi lama sebelum ini. Rupanya pada hari kami naik tu, keretapi baru tu dalam selenggaraan. Jadinya, terpaksalah kami naik keretapi lama ni juga sebab sudah terlanjur beli tiket.
Tapi tak apalah, best juga sesekali naik keretapi ni,kan? Waktu dengar keretapi berlanggar pada 31/10/2011 yang lepas, tetiba saja aku teringatkan kisah kami naik keretapi ni. Syukurlah peristiwa tu tak berlaku waktu kami tersalah naik keretapi ni. Kalau tidak....naya ooo....
 |
Sedapnya makan big apple donut... |
 |
Si Abe yang marah2 sebab salah keretapi tapi tetap juga habiskan donut 4 biji |
 |
Along aku yang tetap kontrol macho |
 |
Ade yang dapat possing baru bergambar |
 |
Acik yang mabuk keretapi. Lepas makan burger terus muntah |
Oya, waktu kami naik keretapi ni, Mizan tiada sebab kena bawa balik oleh Mayang ke Weston. Tapi tak apa sebab Mizan sudah selalu sangat naik keretapi sejak mula-mula keretapi baru ni beroperasi semula lagi. Cuma nampak peliklah bila dia tiada dalam acara family macam ni.
No comments:
Post a Comment