Pages

Monday, 19 October 2015

Si Bodoh itu


Orang paling bodoh
yang pernah aku kenal
duduk di hadapanku.

Saat aku menggerakkan kepala
ke kiri dan ke kanan,
Si Bodoh itu pun ikut.
Dan saat aku melihat ke bawah kakinya,
Si Bodoh itu memakai kasut kesayanganku

Setiap pergerakanku, perbuatanku, pilihanku,
perangaiku, pakaianku, hampir semua
ditiru dan dipakai oleh si Bodoh

Aku memalingkan kepalaku ke arah lain
sambil mengeluarkan kata-kata kesat
dan akhirnya merasa diri bodoh
kerana memarahi orang bodoh.

Aku menoleh arahnya sekali lagi.
Aku terperanjat apabila si Bodoh
merenungku dengan tajam

Aku berasa pelik dan hairan
Apa yang harus aku lakukan?

Dan saat itulah cermin itu berkata;

"Bodoh! Kau lah si Bodoh itu!"