Pages

Monday, 19 October 2015

Si Bodoh itu


Orang paling bodoh
yang pernah aku kenal
duduk di hadapanku.

Saat aku menggerakkan kepala
ke kiri dan ke kanan,
Si Bodoh itu pun ikut.
Dan saat aku melihat ke bawah kakinya,
Si Bodoh itu memakai kasut kesayanganku

Setiap pergerakanku, perbuatanku, pilihanku,
perangaiku, pakaianku, hampir semua
ditiru dan dipakai oleh si Bodoh

Aku memalingkan kepalaku ke arah lain
sambil mengeluarkan kata-kata kesat
dan akhirnya merasa diri bodoh
kerana memarahi orang bodoh.

Aku menoleh arahnya sekali lagi.
Aku terperanjat apabila si Bodoh
merenungku dengan tajam

Aku berasa pelik dan hairan
Apa yang harus aku lakukan?

Dan saat itulah cermin itu berkata;

"Bodoh! Kau lah si Bodoh itu!"

Wednesday, 26 June 2013

1MCC-Astro Kem Bola


First update this year..


Anis sebenarnya betul-betul tak sangka yang anis telah terpilih sebagai salah satu daripada 16 talented young girls dalam bidang Bola Sepak..sebenarnya anis bukannya suka sangat pun main bola ni, sampailah anis tengok abang, adik dan sepupu-sepupu anis main bola..walaupun dorang cuma main bola di halaman rumah, dorang main bersungguh-sungguh..anis cuma tengok dorang main bola secara senyap-senyap dari rumah dan tanpa anis sedar, anis semakin tertarik dengan sukan ni...pasal dorang lah anis teringin sangat mau main bola..

Then, kami satu family nampak iklan pasal pemilihan Bola Sepak anjuran 1MCC Astro under 12..anis dan dua orang adik anis pun pigi lah uji bakat bola tu..anis memang sudah set mind anis yang anis nda akan terpilih..dari seluruh Malaysia, hanya 76 pemain sahaja yang akan dipilih untuk berlatih ke Selangor selama 1 minggu..36 pemain terbaik akan dipilih ke United Kingdom untuk melanjutkan latihan..and the greatest thing is, I'M ONE OF THEM..!! anis betul-betul tak dapat gambarkan perasaan yang anis alami waktu tu..ok lah, anis mau share gambar waktu kat Selangor..kami stay dekat asrama Agro Bank.atau dikenali sebagai ABADI.


Welcome Brief by Coach Jamie Barnett

Latihan pertama.. dilatih oleh Coach Damian Flynn.

Ni Falily.. Gol Keeper yang kecil tapi hebat 

Ujian kelajuan.. 10 meter je..
rekod tertinggi bagi pompuan kat group kami adalah 4.58 saat.

Kiri: Izzudin dari Kelantan
Kanan: Willie dari Sarawak

Imbang bola..aku gagal kat section ni..

Azurin.. the best girl gol keeper I've met 



Gomo Kelate Gomo ! 


Bersama-sama dengan Coach Kali, Coach Jamie and Coach Nazir..


.tak banyak gambar waktu ni... gambar yang lain ada sebenarnya, semuanya ada di memori anis.. konfem nda dapat keluar punya lah ! hehe... pis yo...

Monday, 16 July 2012

UPSR di muka pintu




Kata mama a.k.a Teacher Zue UPSR sudah tinggal depan muka pintu. Tinggal tunggu masuk saja. Terus-terang aku belum bersedia lagi. Keputusan peperiksaan semester baru-baru ini pun tidaklah begitu menggalakkan meskipun ada banyak peningkatan dari sebelumnya. Kalau aku berusaha lebih sedikit aku yakin aku pasti boleh berjaya. 

Tapi macam kata mama, jihad terbesar adalah melawan diri sendiri. Melawan rasa malas, rasa penat dan melawan kesukaan-kesukaan diri yang membinasakan. Mama benar sebab itulah kelemahan aku yang sebesar-besarnya. Aku masih gagal bahagikan masa dengan baik sebab aku masih terikut dengan gejala-gejala yang kurang sihat yang aku pilih sendiri. Contohnya macam tonton anime di youtube sampai berjam-jam...hukhuk!

Gempak Selebriti Astro di 1B hari hari pertama


Fuh...setelah puas kami adik-beradik berpakat memujuk mama dan abah untuk ke Gempak Selebriti Astro, akhirnya hari ni kena approvekan juga...

Gempak Selebriti Astro di 1B hari kedua


Yang ini pun salah satu daripada yang tersimpan dalam arkib draft. Aku ingat event ni somewhere in November kami ke 1B semata-mata mau tengok Gempak Selebriti Astro. Ada macam-macam aktiviti yang astro sediakan termasuklah kehadiran para artis untuk buat konsert. Aku cuma sempat gambar sama Saiful, peserta Masterchef Malaysia. 

Ke Pantai Manis


Bila tengok-tengok 'draft bank', aku ternampak entry ni yang belum sempat aku postkan sejak tahun lalu. Aku tak ingat tarikhnya lagi sebab sudah terlalu lama. Tapi aku masih lagi betapa seronoknya time ni kami rayu mama untuk bawa kami ke Pantai Manis. Waktu ni aku ingat lagi abah tiada tapi aku tak ingat dia pergi mana. 

Err...korang tengok-tengoklah ya...

Entry pertama 2012

Oh...lamanya benar aku tak mengupdate blog. Macam orang yang tak sayangkan blog langsung. Padahal, setiap hari aku habiskan masa depan lappy samada berfesbuk atau main games online. Atau paling tidak, ber'youtube'. Entah macamana aku boleh tiada masa langsung untuk berblogging padahal mama buatkan blog ni untuk aku bercurah-curahan isi hati. Mungkin cara ni tidak begitu berjaya sebab aku bukan jenis orang yang suka ber....what mama called it...meditasi?