Pages

Monday, 16 July 2012

UPSR di muka pintu




Kata mama a.k.a Teacher Zue UPSR sudah tinggal depan muka pintu. Tinggal tunggu masuk saja. Terus-terang aku belum bersedia lagi. Keputusan peperiksaan semester baru-baru ini pun tidaklah begitu menggalakkan meskipun ada banyak peningkatan dari sebelumnya. Kalau aku berusaha lebih sedikit aku yakin aku pasti boleh berjaya. 

Tapi macam kata mama, jihad terbesar adalah melawan diri sendiri. Melawan rasa malas, rasa penat dan melawan kesukaan-kesukaan diri yang membinasakan. Mama benar sebab itulah kelemahan aku yang sebesar-besarnya. Aku masih gagal bahagikan masa dengan baik sebab aku masih terikut dengan gejala-gejala yang kurang sihat yang aku pilih sendiri. Contohnya macam tonton anime di youtube sampai berjam-jam...hukhuk!

Gempak Selebriti Astro di 1B hari hari pertama


Fuh...setelah puas kami adik-beradik berpakat memujuk mama dan abah untuk ke Gempak Selebriti Astro, akhirnya hari ni kena approvekan juga...

Gempak Selebriti Astro di 1B hari kedua


Yang ini pun salah satu daripada yang tersimpan dalam arkib draft. Aku ingat event ni somewhere in November kami ke 1B semata-mata mau tengok Gempak Selebriti Astro. Ada macam-macam aktiviti yang astro sediakan termasuklah kehadiran para artis untuk buat konsert. Aku cuma sempat gambar sama Saiful, peserta Masterchef Malaysia. 

Ke Pantai Manis


Bila tengok-tengok 'draft bank', aku ternampak entry ni yang belum sempat aku postkan sejak tahun lalu. Aku tak ingat tarikhnya lagi sebab sudah terlalu lama. Tapi aku masih lagi betapa seronoknya time ni kami rayu mama untuk bawa kami ke Pantai Manis. Waktu ni aku ingat lagi abah tiada tapi aku tak ingat dia pergi mana. 

Err...korang tengok-tengoklah ya...

Entry pertama 2012

Oh...lamanya benar aku tak mengupdate blog. Macam orang yang tak sayangkan blog langsung. Padahal, setiap hari aku habiskan masa depan lappy samada berfesbuk atau main games online. Atau paling tidak, ber'youtube'. Entah macamana aku boleh tiada masa langsung untuk berblogging padahal mama buatkan blog ni untuk aku bercurah-curahan isi hati. Mungkin cara ni tidak begitu berjaya sebab aku bukan jenis orang yang suka ber....what mama called it...meditasi?